Ahad, 29 November 2009

Kamu sengaja dilupai atau memilih untuk dilupai?

Dalam hidup ini kita sentiasa diberi dua pilihan. Dan setiap pilihan itu, pastu ada kesannya dan pengakhirannya tersendiri.

Jika kita memilih untuk berjaya di dunia. Maka kita akan menghabiskan seluruh tenaga untuk mendapatkan pujian manusia, tidak mengenal hukum Islam tetapi hanya mengenal nilai mata wang. Namun jika kita memilih untuk kejayaan dunia dan akhirat, makan kita akan melebihkan pandangan Allah berbanding pandangan manusia. Ada kalanya kita, terutamaya pelajar, sentiasa berdoa untuk kepada Allah agar diberikan kejayaan. Tetapi, kita tidak mengetahui bahawa kejayaan itu akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah atau tidak. Oleh itu, alangkah lebih baik jika kita berdoa agar diberikan kejayaan sekiranya ia baik untuk kita. Janganlah kita bersedih sekiranya kita ditimpa musibah kita bersungut dan mula meragui keagungan Allah. Kerana, Allah itu lebih menyayangi hambaNya sedarilah Allah adalah pencipta kita. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216: ....boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu....

Apabila kita ditimpa musibah, seharusnya kita bergembira kerana kita dipilih oleh Allah dan diperhatikan oleh Allah agar sentiasa mengingatiNya. Namun zaman sekarang, walaupun sudah maju, masih ada lagi yang berpegang kepada ilmu hitam dan bomoh, bergantung kepada mereka sedangkan mereka hanyalah manusia biasa yang akhirnya masuk kedalam tanah jua; tanah yang sama jenis tanpa mengira status apa pun.

Sekiranya kita yakin akan kuasa Allah, insyaallah kita akan sentiasa berfikiran positif, sentiasa memandang sesuatu dari sudut positif. Dan untuk memujuk hati kita hanyalah satu cara; iaitu dengan mengingati Allah. Ketahuilah, Islam itu agama fitrah, agama yang boleh membahagiakan diri kita, hati kita. Dari sudut psikologi, jika kita sentiasa berfikiran positif, ia akan membantu perkembangan diri dan otak agar meningkat ke tahap yang lebih tinggi seterusnya memiliki akhlak yang terpuji.

Zaman sekarang, hukum-hukum Islam dipandang rendah, dipandang remeh. Kononya, Islam itu kolot. Jika benar Islam itu kolot, kenapa dan mengapa dari sudut kajian astrologi misalnya, dalam surah yasin secara terang-terangan Al-Quran menyatakan bahawa planet-planet beredar pada paksinya. Namun, saintis- saintis dapat menkajinya setelah beratus-ratus tahun kemudian. Masih berfikir Islam itu kolot? Apa istilah kolot pada pandangan golongan yang berfikiran begitu? Hanya kerana Islam menetapkan hukum memakai tudung?? Allah lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersirat? Siapa kamu untuk dibandingkan dengan kekuasaan Allah? Siapa kamu untuk membenarkan kamu membuka auratmu? Apa kekuasaan kamu yang mengatasi kekuasaan Allah yang membolehkan kamu melakukan sesuka hati???

Lakukan lah apa yang kamu sukai kerana kelak kamu akan dipertanyakan amalan kamu. Berbanggalah dengan kejahilan dan kekufuran yang kamu lakukan kerana kelak kamu akan tunduk malu merayu-rayu agar diberi peluang sekali lagi untuk beramal kepadaNya. Ketahuilah azab Allah itu benar, mati itu kenyataan dan dunia itu pentas lakonan semata-mata.

Jika kamu berani melupakan Allah dan mendustai ayat-ayat Allah sebagaimana firmanNya :

"Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan." (surah thaha:126)

"Maka pada hari kiamat ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan sebagaimana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami." ( surah Al-Araf: 51)

Lupa pada maksud disini adalah meninggalkan. Sifat lupa tidak layak sama sekali disandarkan kepada Allah.

Renungkanlah, kita sentiasa diberi pilihan dalam setiap perbuatan. Melakukannya atau meninggalkannya. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar Allah sentiasa menepatkan pilihan kita apabila kita diberi pilihan. Amiin.

Tidak mengapa kita dibenci manusia kerana memang manusia itu lupa siapa dirinya. Maka kita yang sedar kita adalah hamba Allah ini, perbetulkanlah diri. Biarlah kita digelar kolot, tidak ikut perkembangan fashion kononnya, asalkan kita menjaga aurat kita. Biarlah apa pun yang dikatakan oleh mereka, kerana pandangan Allah terhadap kita itu lebih penting dari manusia. Walaubagaimanapun, kita tidak diberi hak oleh Allah untuk memandang rendah kepada manusia lain.

Menurut Imam Syafie, janganlah kamu memandang rendah kepada kanak-kanak, kerana sekiranya dia meninggal pada saat dia belum baligh maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa timbangan, janganlah kamu memandang rendah pada orang kafir, kerana jika dia masuk Islam, dia akan dibersihkan Allah dari segala dosa terdahulu seperti bayi yang dilahirkan, janganlah kamu memandang rendah kepada orang yang kufur kepada Allah, kerana jika dia bertaubat, dia akan lebih kuat imannya kerana dosanya yang terdahulu membolehkan dia merasakan kenikmatan iman lebih dari kita yang tidak melakukan maksiat.

Jangan menangguhkan solat sunat taubat kerana itu yang syaitan mahukan. Jangan tangguhkan amalan yang ingin kita lakukan kerana kita tidak tahu bila waktu kita diambil nyawa.

Pilihlah jalan mana yang kamu mahu.




Pintu Pintu Kebaikan

Bukhari dalam kitab sahihnya meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Orang yang memberi nafkah kepada dua orang isterinya kerana Allah, maka dia akan masuk syurga, Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan. Orang yang suka mendirikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Orang yang suka bersedakah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Orang yang suka berpuasa, maka dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan, dan orang yang suka berjihad, maka dia akan dipanggil dari pintu jihad." (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini jelas menunjukkan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah swt. Allah tidak pernah mewajibkan kepada hamba-hambaNya sesuatu yang tidak mampu dilakukan hambaNya. Allah Maha mengetahui kemampuan setiap hambanya. Dalam hadis ini, Allah memberi kepada pilihan kepada kita untuk melakukan mana-mana kebaikan yang mampu kita lakukan.

Ada sebahagian manusia yang merasa senang, puas dan merasa dekat dengan Allah dalam solat. Maka mereka lebih senang untuk melakukan solat malam. Ada sebahagian manusia pula yang lebih suka berpuasa. Dan golongan ini berupaya untuk berpuasa ditengah matahari terik; musim kemarau, maka pintu syurganya ialah AR-Rayyan; sebahagian pula merasa senang dengan berzikir, maka lisannya lembut basah mengucapkan kalimah zikir kepada Allah.

Islam itu mudah janganlah kamu menyusahkannya. Bukankah Islam itu agama fitrah manusia. Saya pernah terdengar satu pendapat yang mengatakan lebih baik amalan yang sedikit tetapi istiqamah. Tetapi, pada masa yang sama, sekiranya kita terasa untuk membaca Al-Quran sebanyak-banyaknya, adalah lebih baik kita melakukannya terus daripada menangguhkannya. Sekiranya kita menagguhkannya, ada kemungkinan kita tidak melakukannya langsung. Dan bukankah itu sebahagian daripada petunjuk Allah? Lakukan segala amalan mengikut kemampuan masing-masing. Allah Maha Mengetahui keikhlasan hambaNya dalam melakukan setiap amalan yang dilakukannya. Walaubagaimanapun, amalan yang dilakukan secara istiqamah lebih Allah sukai. Sebabnya adalah kerana, pada pendapat saya, apabila amalan itu dilakukan secara berterusan walaupun sedikit, sekurang-kurangnya kita mengingat akan keagungan Allah dan menyedari bahawa kita hambaNya.

Pernakah kita terfikir, mengapa sekarang kita merasakan masa berlalu begitu pantas sekali sedangkan dari dulu sampai sekarang setiap hari kita miliki 24 jam? Alasannya begitu mudah, kerana kita semakin leka dengan dunia, dan sangatlah kurang masa kita bersama Allah. Sebagai contoh, cuba kita membaca Al-Quran beberapa helaian muka surat dan kemudian lihat pada masa, tidakkan kita terasa lebih lama? Cuba kita bandingkan, apabila kita menonton televisyen, dengan sekelip mata, begitu pantas setengah jam itu berlalu. Oleh itu, hati-hatilah jika kamu merasakan masa itu berlalu dengan pantas kerana berkemungkinan kamu begita jauh dengan Allah.

Bagitu banyak amalan yang sunat yang boleh kita lakukan tetapi hendaklah kita sentiasa menjaga amalan yang diwajibkan. Kerana amalan wajib itu lebih penting. Dan lakukanlah amalan sunat itu sekadar termampu. Jangan lah dibebankan amalan sunat itu. Janganlah kita mewajibkan amalan sunat. Kerana, sekiranya kita mula mewajibkanya ia akan menjadi bebanan dan seterusnya akan merasa berat untuk melakukannya. Nyatijahnya, kita mungkin akan merasa bosan dan mula mengurangi amalan sunat itu. Akhirnya, kita akan terus meninggalkan amalan sunat itu. Bukankah itu akan merugikan diri kita sendiri? Wallahualam.

Sama-samalah kita menuju ke arah amalan yang disukai Allah. amiin.