Rabu, 3 Mac 2010

rintihan

Dunia semakin tua...hari kiamat semakin dekat...namun terasa dugaan semakin mencabar...Ya Rasulullah andai kau masih hidup apa yang akan kau lakukan terhadap umatmu ini?

Solat lima waktu tetap ditegakkan namun maksiat tidak pernah ditinggalkan...nafsu diberi kebebasan tanpa batasan akal sehingga ruang cahaya keimanan semakin mengecil dan bakal menghilang...tatkala keimanan semakin berkurang...tatkala itulah ujian datang menduga...menguji kemanakah dan kepada siapakah kau bergantung...adakah dengan manusia yang tidak tentu niat dihati atau kau sandarkan harapanmu kepada Allah yang menciptakan?

Andai kita masih mahukan manusia disisi...maka kita sangat jauh dari Allah...belum mampu untuk mengakui bahawa kita beriman kepada Allah...dan aku sendiri terasa sangat jauh...cahaya yang dahulunya aku dapat kini...semakin pudar kerana perbuatanku sendiri dan sekarang hanya aku dan Allah tahu perbuatan ku...sangatlah malu kepadaMu Ya Allah...aku ingin meminta pertolongan tetapi diriku begitu kotor untuk mendapatkan keredhaanMu...istilah syurga itu bagaikan perkara yang mustahil untuk aku kecapi...adakalanya aku seperti redha jika aku dicampakkan ke syurga kerana aku memang layak ditempatkan disitu...tetapi mampukah aku untuk menahan api neraka yang membakar...

Aku lebih memilih manusia berbanding Kau, Ya Allah...dan sekarang apabila manusia berpaling dariku dan memilih yang lain...aku buntu...takut...kesal...merasakan aku tiada jalan pulang...aku ingin kembali kepadaMu tapi aku malu...aku takut diuji lagi...aku sangat takut akan ujianMu Ya Allah kerana aku telah tertewas berulang-ulang kali dan kini aku tidak mampu berdiri...

Jiwa dan hatiku kosong...aku bagaikan terhenti disatu perhentian yang aku sendiri tidak mampu untuk bergerak walaupun seinci...sedangkan aku dapati manusia lain terus maju bergerak ke arahMu...Ya Allah...aku ingin sekali kembali seperti dahulu...kalaulah aku tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaanMu...kalaulah aku boleh kembali ke masa silam,membetulkan kembali kesilapan lalu...tapi itu semua harapan palsu...yang telah berlaku, tidak boleh aku perbetulkan dan sekarang aku buntu...tiada jalan keluar...dosa silam mengurungku bagaikan penjara...

Ya Allah mahukah Kau menerima ku kembali? Apa yang perlu aku lakukan? hilangkanlah kesepian hatiku...terangilah hatiku dengan cahaya keimanan...kembalikanlah aku kepadaMu...pimpinlah aku Ya Allah...hulurkanlah tanganMu...papahlah aku Ya Allah...aku tidak berdaya...aku tidak mampu melakukan apa-apa...aku malu dengan dosa-dosaku..aku ingin kembali tapi aku malu...ajarilah aku dengan kalimah tauhidmu...Ya Allah...hanya Kau yang mampu memberiku jalan

berikanlah daku ruang untuk bernafas

Dalam dunia ini, seringkali saya sendiri keliru apa sebenarnya yang ingin Allah ajarkan kepada diri ini. Seringkali tertipu sama ada saya layak untuk bergelar orang yang sentiasa mengingatiNya atau tidak. Sama ada saya menipu orang sekitar atau saya berpura-pura sebagai orang yang menjaga agama atau tidak. Terlalu jauh dengan ibu bapa adakalanya membawa saya kepada jauhnya dengan islam. Adakah saya bernar-benar mengenali apa itu Islam...adakah saya benar-benar menghayati apa itu islam atau sekadar menutup aurat untuk menunjukkan keislaman sedangkan hati masih belum berpegang teguh dengan Islam....

Setiap kali merasa susah, walaupun diri sendiri tahu bahawa Allah sentiasa bersama dan melihat namun...mengapa...kenapa...masih lagi mahu bergantung dengan manusia...mengapa masih mahukan sokongan dari manusia sedangakan Allah itu wujud...Allah lebih tahu apa yang diperlukan hambaNya tatkala diuji keimanannya...

Pernah sekali saya terfikir...kalau saya mendekatkan diri dengan Allah maka Allah akan menguji keimanan hambaNya dengan ujian yang selayaknya...tapi...saya teramat takut untuk diuji sehingga hanya berdiri dan tidak mampu bergerak kearahNya. Sedangkan kita sebagai hambaNya perlu sentiasa berfikir positif terhadap Allah...

Apa saya dipandangan mata Allah...pandangan ibu bapa saya...sekiranya manusia berkata saya seorang yang masih berpegang kepada Islam, masih menjaga Islam...terasa bagaikan satu bebanan yang amat berat untuk dipukul kerana bagi saya sendiri...saya tahu dimana silapnya...kesilapan yang sememangnya memberi pengajaran seumur hidup sehinggakan kita tidak mampu untuk berpatah balik...ikatan dan simpulan dosa yang sentiasa menyelebunugi hidup...jika pandang kebelakang himpunan dosa bagaikan pepasir yang tidak mampu untuk dinafikan...jika pandang dan cuba maju kehadapan dosa-dosa lama mengikat sehingga tidak mampu berganjak walaupun setapak....

Ya Allah apa yang harus aku lakukan...ibu bapa sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak...sentiasa memandang anak-anak sebagai yang terbaik...bagaimana andainya aku tidak mampu merealisasikannya...bagaimana dengan harapan ibu bapa ku ya Allah...ya rabb...Kau telah memberikanku sebaik-baik keluarga sehingga tidak mampu untuk aku nafikan...Kau berikan aku kesempurnaan fizikan dan kemudian nikmat Kau aku dustakan...Ya Allah...aku tidak mampu berganjak walaupun setapak kerana dosa-dosa lalu mengikatku dibelakang...cuba mengheretku agar jauh dariMu dan aku sendiri tahu bahawa aku tidak mampu menjadi seperti Rabiatu Adawiyah Sumaiyah dan pejuang Islam wanita yang lain....terasa bagaikan aku tidak layak mendapat nikmat yang begitu indah dariMu tapi pada masa yang sama aku tidak boleh memikul ujianMu....

Ya Allah apa yang cuba kau ajarkan padaMu...masihkah ada jalan pulang untuk ku ke arahMu...Ya Allah apa ertinya rindu kepadaMu...apa ertinya cinta kepadaMu...apa ertinya beriman kepadaMu...ajarilah aku wahai tuhanku...kerana aku tidak mengerti...aku hanyut dalam lautan dalam...hatiku kosong sunyi tanpa cahayaMu...janganlah Kau berpaling dariku wahai penciptaku