Sabtu, 31 Oktober 2009

Adakah sifat kemunifikan ada pada diri kita?

Satu persoalan yang sangat susah untuk kita jawabnya sendiri. Namun ada juga sebahagian kita yang yakin bahawa mereka tidak ada langsung sifat munafik. Persoalannya mengapa mereka memiliki begitu banyak keyakinan sedangkan mereka tidak tahu adakah amalan itu diterima atau tidak; apa pandangan Allah terhadap setiap amalan yang dilakukan. Adakah kita layak bergelar umat Islam sejati atau Islam sekadar di kad pengenalan?

Sifat-sifat munafik sangat banyak dijelaskan dalam Al-Quran.Antara ciri-cirinya ialah:
1) Lebih mementingkan pandangan manusia daripada Allah.Setiap amalan yang dilakukan hanyalah untuk mendapat pujian manusia agar manusia menyanjunginya sebagai manusia yang alim dan warak.Sedangkan didalam hati nya bersungut dan ingkar akan perintah Allah. Tetapi, perlu diingat bahawa Allah itu Maha Mengetahui akan isi hati hambaNya seperti mana dlaam firmannya :

Surah An-Nisa: ayat 142 yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka."

2) Bermalas-malasan melakukan amalan yang diwajibkan seperti solat.Saya pernah mendengar sebuah ceramah yang pernah menekankan solat subuh ini. Penceramah tersebut berkata bahawa keimanan seseorang itu terletak pada solat subuhnya.Kerana, ketika itu manusia sangat seronok dibuai mimpi, tidur diatas katil yang empuk hingga terlupa kewajipannya terhadap Allah. Tidakkah kamu ketahui bahawa tidur itu adalah mati sementara. Mengapa kamu menangguh-nangguhkan solat sedangkan Allah tidak pernah menangguhkan setiap sedutan oksigen yang kamu ambil. Maka nikmat Allah yang manakah kamu dustai??

3) Apabila orang munafik berkumpul dan bertemu mereka akan menghina, memperkotak katikkan ahli-ahli ibadah, alim ulama dan kaum muslim yang ketat menjaga agama.

Surah Al-Baqarah:ayat 14-15 yang bermaksud:
"Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang beriman, mereka mengatakan 'Kami telah beriman' Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan:"Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olokkan".Allah akan membalas olok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka."

Contohnya, pada zaman sekarang, ramai manusia yang menentang setiap hukum yang telah ditetapkan oleh alim ulama. Pernah suatu ketika disiarkan didalam akhbar hukum menghisap rokok adalah haram tetapi ramai yang membantah. Kemudian keluar pula fatwa lain yang mengatakan hukumnya ialah makhruh. Jadi hukum yang mana kamu ingin contohi?? Satu pertanyaan, sememangnya saya tidak pernah merokok dan insyaallah tidak akan merokok, apakah kebaikan di sebalik merokok ini? Kalaulah ada kebaikan tentu sahaja para ulama tidak akan berselisih pendapat mengenai ini. Dan ingatlah, rasulullah pernah bersabda, yang halal dan yang haram itu nyata dan berada ditengah-tengahnya adalah subhah maka jauhilah. Jadi, jauhilah merokok. huhu

Itu adalah antara sifat-sifat munafik yang sempat saya nyatakan.Sentiasalah berdoa agar kita tidak tergolong dalam golongan sebegitu dan sesungguhnya azab Allah sangatlah pedih. Sentiasalah merendah diri dan menganggap kita berada di bawah kerana kita sendiri tidak tahu sejauh mana amalan kita diterima Allah sedangkan rasulullah sendiri melakukan solat malam hingga bengkak buku lalinya. Allah sangat suka hambaNya yang merendah diri. Janganlah menuding jari ke arah orang lain ; mungkin orang tersebut lebih tinggi amalannya dari kita. Wallahualam. Nauzubillah. moga-moga kita tidah tergolong dalam golongan yang munafik.