Dalam kitab Shahih Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w, pernah ditanya tentang waktu-waktu yang biasanya Rasulullah s.a.w bangkit dari tidur malamnya?
Soalan ini lalu dijawab oleh Saidatina Aisyah dengan mengatakan bahawasanya Rasulullah s.a.w akan melompat dari tidurnya ketika baginda mendengar suara ayam berkokok. Persoalannya, mengapa isteri baginda menggunakan istilah melompat dari tidurnya berbanding bangkit,angun dari tidur??
Jawapannya terukir di dalam puisi ini :
Di lingkungan tempat tinggal kami
Ayam-ayam selalu berkokok dan membangunkan mereka yang sedang terlena dibuai mimpi
Kerana, dalam tidur
Rembulan bagaikan meratapi kelenaan kami
Bahkan burung-burung turut menangisi kelalaian kami
Apabila lalat sudah tidak menangisi lagi, sedarilah
Bahawa ajalmu telah dekat
Dan kematian akan segera menjemputmu
(petikan puisi dari buku berjudul 'Kembali Kepada Allah s.w.t' ; Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith sahih :
"Sebaik-baik hamba Allah adalah mereka yang bangun di malam hari dan mengabdi kepada-Nya".
Apakah ciri-ciri hamba Allah yang sejati? Berikut adalah petikan dari bahan bacaan yang telah saya kumpulkan. Ciri-cirinya begitu banyak tapi apa kata kita amalkan semampu yang boleh? Jangan selalu bertangguh amalan baik ini kerana syaitan memang sentiasa menunggu peluang untuk kita merebut syurga Allah. Tapi, kita perlu ingat, amalan yang sedikit tetapi istiqamah itu lebih Allah sayang berbanding banyak tetapi tidak istiqamah...wallahualam.
Ciri-ciri hamba sejati :
1) Mengambil waktu sedikit untuk tidur di malam hari.
Ketahuilah bahawa tidur yang banyak mampu mengelapkan hati. Hati yang gelap menghalang kita untuk merasai erti sebenar kemanisan iman.
2) Memperbanyakkan amal, zikir dan renungan kekuasaan Allah, seksa neraka dan kenikmatan syurga.
Di bumi manakah yang kita mampu hidup tanpa merasai nikmat Allah , jiwa yang kita miliki juga adalah kekurniaannya, iman dan islam yang diberikan sekarang pula adalah hadiah yang tidak ternilai harganya dari Allah. Begitu banyak nikmat kita telan, nikmati namun firman Allah, amatlah sedikit di antara kamu yang bersyukur. Maka mengapa tidak kita menjadi antara golongan yang sedikit;sentiasa bersyukur? Insya-Allah
3) Dan apabila tidak mampu untuk bangun malam, Allah memberi kita alternatif lain iaitu menunaikan solat dua rakaat di waktu sahur. Maha Suci Allah yang Maha Penyayang dan sentiasa memberi peluang kepada hamba-Nya membetulkan diri.
Ini adalah petikan puisi yang saya peroleh dari buku yang sama seperti di atas sebagai renungan untuk kita dan mungkin juga menjadi kekuatan motivasi keimanan kita. Insya-Allah
Ya Tuhan, panjangkanlah malam bagi kami
Agar kelopak mata ini tetap sedar dan merasakan kehadiran-Mu
untuk dapat meraih ampunan-Mu,
Kerana,
siapa yang mengundur-undur kebersamaan bersama bintang-bintang,
Bintang-bintang tersebut akan segera mengepakkan sayapnya dan berlalu darinya
Maka apabila kesempatan itu telah pergi,
Ubatilah penyesalan itu dengan kebersamaan bersama cahaya pagi
Setelah itu,
lanjutkan ibadahmu bersama cahaya Dhuha
Sedar atau pun tidak, terdapat perbandingan apabila kita menangis disebabkan keduniaan dan juga penyesalan dan ratapan kepada Ya Rabb..secara saintifik masih tidak diketahui.. Air mata yang mengalir disebabkan penyesalan dan untuk mendapat keredhaan Allah tidak akan menyebabkan bengkak mata berbanding kita tangisi kerana keduniaan. Walaupun seketika, jika alasan kerana dunia semata-mata, hasilnya : mata akan membengkak. Rahsia Allah yang tidak ada tolok bandingnya...Maha Suci Allah yang memiliki segala zat...subhanallah