Hidayah milik Allah. Bila ditanya, mengapa kamu tidak solat? Jawabnya, "Belum sampai seru, hidayah tak sampai lagi". Namun apakah kamu mengerti apakah itu hidayah??Tahukah kamu bahawa hidayah itu perlu dicari??? Dan jika ada kesungguhan pasti Allah tidak akan menyia-nyiakan hambaNya. Seorang pencipta robot yang mencipta robot yang begitu sempurna ; adakah dia sanggup memusnahkannya?? Melainkan sekiranya robot itu mendatangkan masalah maka tidak hairanlah jika pencipta tersebut memusnahkannya. Begitulah misalannya. Tetapi Allah tidak seperti itu; sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk kembali kepadaNya; sentiasa menunggu lafaz zikir taubat kepadaNya; sungguh Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Masihkah kita ingat nama sahabat Rasulullah yang bernama Salman Al-Farisi? Mari kita selusuri sejarahnya untuk tatapan kita semua sebagai bukti jaminan Allah memberi hidayah kepada orang yang berusaha mendapatkannya.
Salman pada mulanya juga penyembah api;tidak mengenal penciptanya; sesat. Hatinya kosong tanpa secebis pun nilai keimanan. Ketika dia mencari-cari agama yang sebenar, dia terlihat beberapa orang Nasrani yang berpakaian dengan pakaian kebesarannya sedang melakukan amalan ritual keagamaan. Tanpa berfikir panjang, dia mendatangi mereka dan berlaku beberapa soal jawab. Ketika, die mendapati bahawa agama Nasrani lebih baik dari agama Majusi. Lalu, dia segera menemui seorang rahib dan rahib tersebut menyarankan agar dia menuntut ilmu dengan seorang rahib yang lain, begitula seterusnya hinggalah dia menemui seorang rahib yang soleh. Ketika rahib tersebut hendak meninggal, Salman bertanya kepadanya: "Setelah sekian lama aku bersama anda, aku dapat menyimpulkan bahawa dalam dirimu ada kebaikan. Sekarang, siapa yang engkau sarankan untuk kutemui?" Rahib itu menjawab:" Sampai sekarang, tak ada orang yang soleh dimuka bumi ini yang melebihi seorang nabi yang diutus oleh Allah SWT,yang sekarang sudah dekat masanya. Jika engkau mendengar berita tentang kedatangannya, bergabunglah dengannya. Dia berada dimuka bumi yang memiliki tanah pergunungan gersang lagi hitam dan ditumbuhi kurma."
Dan ketika lafaz Allahhu Akhbar berkumandang di Makkah, Salman bergegas berangkat ke sana. Akhirnya, Salman tiba diperkampung Yahudi yang berbukit, gersang, hitam, dan ditumbuhi kurma. Dia sedang menanti kehadiran si pemberi petunjuk, mengingatkan dia kembali kepada agama fitrah yang diredhai sang pencipta sebenar.
Tatkala masa yang dinanti tiba, Salman cuba menguji rasulullah dengan tiga ciri-ciri kerasulan yang pernah diberitakan oleh rahibnya dahulu.
Yang pertama : tidak menerima sedekah. Untuk membuktikan perkara ini, Salman pergi menuju pohon kurma lalu memetik beberapa buah kurma dan membawanya ke hadapan rasulullah s.a.w yang berada ditengah-tengah sahabatnya. Salman lastas berkata , "Ini sedekaku untukmu." Rasulullah s.a.w tidak menerimanya tetapi para sahabat baginda memakannya.
Sifat yang kedua: menerima hadiah. Hari kedua. Salman menguji baginda sekali lagi. Kali ini Salman berkata kepada baginda :" Kurma ini saya hadiahkan untukmu." Rasulullah kemudiannya menerimanya dan memakannya.
Ketiga: dikedua bahunya terdapat tanda kenabian(Khatan An-Nubuwah). Pada suatu hari, berlaku kematian lantas Rasulullah menguruskan dan menghantar jenazah tersebut. Salman cuba meneliti dibelakang baginda namun tidak kelihatan kerana Rasulullah memakai baju. Melihatkan kelakuan Salman, Rasulullah sengaja membuka bajunya. Terlihalah Salman akan tanda kenabian. Die segera menerjah ke arah Rasulullah sambil mencium-cium tanda tersebut dengan air mata yang bercucuran. Kerinduannya terhadap kebenaran akhirnya tiba jua.Betapa gembiranya dia bertemu dengan kekasih Allah, saat yang dinanti tiba jua lalu melafazkan dua kalimah syahadah.
Begitula kuasa Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang berusaha mencarinya. Dalam kehidupan sekalipun, kita tidak akan berjaya jika tidak berusaha; sekalipun makan perlukan usaha; usaha untuk mencari bahan memasak yang halal, usaha memasak, dan usaha untuk menyuapkannya ke dalam mulut.