Rabu, 3 Mac 2010

berikanlah daku ruang untuk bernafas

Dalam dunia ini, seringkali saya sendiri keliru apa sebenarnya yang ingin Allah ajarkan kepada diri ini. Seringkali tertipu sama ada saya layak untuk bergelar orang yang sentiasa mengingatiNya atau tidak. Sama ada saya menipu orang sekitar atau saya berpura-pura sebagai orang yang menjaga agama atau tidak. Terlalu jauh dengan ibu bapa adakalanya membawa saya kepada jauhnya dengan islam. Adakah saya bernar-benar mengenali apa itu Islam...adakah saya benar-benar menghayati apa itu islam atau sekadar menutup aurat untuk menunjukkan keislaman sedangkan hati masih belum berpegang teguh dengan Islam....

Setiap kali merasa susah, walaupun diri sendiri tahu bahawa Allah sentiasa bersama dan melihat namun...mengapa...kenapa...masih lagi mahu bergantung dengan manusia...mengapa masih mahukan sokongan dari manusia sedangakan Allah itu wujud...Allah lebih tahu apa yang diperlukan hambaNya tatkala diuji keimanannya...

Pernah sekali saya terfikir...kalau saya mendekatkan diri dengan Allah maka Allah akan menguji keimanan hambaNya dengan ujian yang selayaknya...tapi...saya teramat takut untuk diuji sehingga hanya berdiri dan tidak mampu bergerak kearahNya. Sedangkan kita sebagai hambaNya perlu sentiasa berfikir positif terhadap Allah...

Apa saya dipandangan mata Allah...pandangan ibu bapa saya...sekiranya manusia berkata saya seorang yang masih berpegang kepada Islam, masih menjaga Islam...terasa bagaikan satu bebanan yang amat berat untuk dipukul kerana bagi saya sendiri...saya tahu dimana silapnya...kesilapan yang sememangnya memberi pengajaran seumur hidup sehinggakan kita tidak mampu untuk berpatah balik...ikatan dan simpulan dosa yang sentiasa menyelebunugi hidup...jika pandang kebelakang himpunan dosa bagaikan pepasir yang tidak mampu untuk dinafikan...jika pandang dan cuba maju kehadapan dosa-dosa lama mengikat sehingga tidak mampu berganjak walaupun setapak....

Ya Allah apa yang harus aku lakukan...ibu bapa sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak...sentiasa memandang anak-anak sebagai yang terbaik...bagaimana andainya aku tidak mampu merealisasikannya...bagaimana dengan harapan ibu bapa ku ya Allah...ya rabb...Kau telah memberikanku sebaik-baik keluarga sehingga tidak mampu untuk aku nafikan...Kau berikan aku kesempurnaan fizikan dan kemudian nikmat Kau aku dustakan...Ya Allah...aku tidak mampu berganjak walaupun setapak kerana dosa-dosa lalu mengikatku dibelakang...cuba mengheretku agar jauh dariMu dan aku sendiri tahu bahawa aku tidak mampu menjadi seperti Rabiatu Adawiyah Sumaiyah dan pejuang Islam wanita yang lain....terasa bagaikan aku tidak layak mendapat nikmat yang begitu indah dariMu tapi pada masa yang sama aku tidak boleh memikul ujianMu....

Ya Allah apa yang cuba kau ajarkan padaMu...masihkah ada jalan pulang untuk ku ke arahMu...Ya Allah apa ertinya rindu kepadaMu...apa ertinya cinta kepadaMu...apa ertinya beriman kepadaMu...ajarilah aku wahai tuhanku...kerana aku tidak mengerti...aku hanyut dalam lautan dalam...hatiku kosong sunyi tanpa cahayaMu...janganlah Kau berpaling dariku wahai penciptaku